PI Meradong – Membuat Kad Hari jadi
27 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu aktiviti bersama 9 orang kanak-kanak berusia bawah 18 tahun. Aktiviti ini dilaksanakan di bilik latihan Pusat Internet Meradong dan berlangsung selama 2 jam. Dalam kelas ini, peserta terlebih dahulu didedahkan tentang bagaimana untuk menggunakan Microsoft Power Point sebelum diteruskan dengan mereka kad hari jadi menggunakannya.
Peserta diajar bagaimana untuk mencari imej-imej yang bersesuaian dan juga menggunakan WordArt bagi mencantikkan lagi kad ucapan mereka. Aktiviti ini juga amat bersesuaian dengan peserta memandangkan semua peserta kreatif dan berjaya menghasilkan kad hari jadi yang cantik dan pelbagai mengikut cita-rasa masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: